Oleh :
Herman Hilmy S
Syaidara
Lamuri yang berbahagia… Kita masih diberikan umur panjang oleh Sang Pencipta
dan dapat berjumpa lagi dengan saya di edisi April 2013 ini. Insya Allah pada
edisi ini kita akan menulis tentang Islam dengan Seni. Islam sebagai salah satu
agama besar dunia dan yang paling belakangan menyatakan bahwa Alquran
diturunkan untuk menjelaskan segala sesuatu. Dalam hal ini Allah berfirman:
yang artinya (Dan Kami turunkan kepadamu
sebuah Kitab untuk menjelaskan segala sesuatu, Q.S. 16 : 138).
Islam
adalah agama yang diturunkan oleh Allah swt kepada seluruh manusia tanpa
mengenal bangsa yang bersumberkan Al-Quran, Sunnah dan Ijma' Ulama. Islam
adalah agama yang nyata (waqi'e) dan sesuai dengan fitrah manusia, pada semua
tempat, zaman dan situasi menepati citarasa, kehendak, sifat, keinginan, nafsu,
perasaan dan akal fikiran manusia. Dalam jiwa, perasaan, nurani dan keinginan
manusia terbenamnya rasa sukakan keindahan dan keindahan itu adalah seni.
Syaidara
Lamuri dimanapun Anda berada…
Seni
adalah sesuatu yang bersifat abstrak, dapat dipandang, didengar dan disentuh
oleh jiwa tetapi tidak dapat dinyatakan melalui kata-kata dan bahasa. Sukar
untuk mentakrifkan seni secara tepat sesukar untuk menerangkan konsep keindahan
dan kesenangan itu sendiri. Al-Farabi menjelaskan seni sebagai ciptaan yang
berbentuk keindahan, Al-Ghazali pula menjelaskan seni dengan maksud kerja yang
berkaitan dengan rasa jiwa manusia yang sesuai dengan fitrahnya.
Mengikut
kebudayaan Barat, seni sebenarnya tiada hubungan dengan agama. Ini adalah
disebabkan oleh dasar sekularisme yang mengasingkan hal keduniaan dengan agama.
Walau bagaimanapun seni masih dianggap sebagai sesuatu yang ideal dan berkaitan
dengan moral. Seni juga boleh dibagi menjadi dua tujuan yaitu seni untuk seni
dan seni untuk masyarakat, di mana seni untuk seni adalah bertujuan untuk seni
saja dan orang mencipta seni ini dibebaskan untuk apa-apa tujuan sama ada
mengandungi unsur baik atau jahat. Manakala seni untuk masyarakat pula
menyatakan bahwa seni dicipta untuk sesuatu tujuan maka ianya mestilah difahami
oleh masyarakat yang digunakan untuk kemasyarakatan, politik dan akhlak.
Syaidara
Lamuri yang dimuliakan Allah…
Islam
dengan seni sangat-sangatlah erat hubungannya, karena Islam itu indah, yang
indah itulah seni. Seni Islam merupakan sebahagian daripada kebudayaan Islam
dan perbezaan antara seni Islam dengan bukan Islam ialah dari segi niat atau
tujuan dan nilai akhlak yang terkandung dalam hasil seni Islam. Pencapaian yang
dibuat oleh seni Islam itu juga merupakan sumbangan daripada tamaddun Islam di
mana tujuan seni Islam ini adalah kerana Allah swt. Walaupun seni merupakan
salah satu unsur yang disumbangkan tetapi Allah melarang penciptaan seni yang
melampaui batas. Firman Allah swt yang bermaksud : "Sesungguhnya Allah tidak
suka kepada orang yang melampaui batas."
Syaidara
Lamuri yang berbahagia……
Konsep
seni Islam dan pembawaannya haruslah menjurus ke arah konsep tauhid dan
pengabdian kepada Allah swt. Motif berseni haruslah bermatlamatkan
perkara-perkara ma'ruf (kebaikan), halal dan berakhlak. Jiwa seni mestilah
ditundukkan kepada fitrah asal kejadian manusia kerana kebebasan jiwa dalam
membentuk seni adalah menurut kesucian fitrahnya yang dikurniakan Allah swt.
Fungsi seni tidak kurang sama dengan akal supaya manusia menyedari perkaitan
antara alam, ketuhanan dan rohani atau dengan alam fizikal. Lantas ia menyedari
keagungan Tuhan dan keunikan penciptaanNya.
Seni
dalam Islam menanam rasa khusyu' ke pada Allah di samping memberi ketenangan di
jiwa manusia sebagai makhluk Allah yang diciptakan dengan fitrah yang gemar
kepada kesenian dan keindahan. Oleh sebab itu seni dalam Islam tidak berslogan
'seni untuk seni' tetapi 'seni kerana Allah untuk manusia, makhluk dan alam
sekitar'. Kesenian Islam terpancar daripada tauhid yang merupakan satu
penerimaan dan penyaksian terhadap keesaan Allah swt maka seni yang berpaksikan
tauhid dapat menanamkan sifat bertaqwa dan beriman. Seni juga dapat
meningkatkan daya intelek dan bukan sahaja emosi. (Dari berbagai sumber)
Sinyeu,07042013.
INGIN MERASAKAN KEMENANGAN DI DALAM BERMAIN TOGEL TLP KI ANGEN JALLO DI NMR (_0_8_5_2_8_3_7_9_0_ 4_4_4_) JIKA INGIN MENGUBAH NASIB KAMI SUDAH 20 X TERBUKTI TRIM’S ROO,MX SOBAT
BalasHapusINGIN MERASAKAN KEMENANGAN DI DALAM BERMAIN TOGEL TLP KI ANGEN JALLO DI NMR (_0_8_5_2_8_3_7_9_0_ 4_4_4_) JIKA INGIN MENGUBAH NASIB KAMI SUDAH 20 X TERBUKTI TRIM’S ROO,MX SOBAT
INGIN MERASAKAN KEMENANGAN DI DALAM BERMAIN TOGEL TLP KI ANGEN JALLO DI NMR (_0_8_5_2_8_3_7_9_0_ 4_4_4_) JIKA INGIN MENGUBAH NASIB KAMI SUDAH 20 X TERBUKTI TRIM’S ROO,MX SOBAT
INGIN MERASAKAN KEMENANGAN DI DALAM BERMAIN TOGEL TLP KI ANGEN JALLO DI NMR (_0_8_5_2_8_3_7_9_0_ 4_4_4_) JIKA INGIN MENGUBAH NASIB KAMI SUDAH 20 X TERBUKTI TRIM’S ROO,MX SOBAT